Wednesday, December 9, 2009

Selamat berjaya

pada hari ini azree bangun awal maksudnya bukan seperti biasa lar... bukan apa sebab kesangapan untuk bermain game travian yang membuak-buak... haaa~

tapi bukan ini yang azree ingin cerita.... pada malam semalam emak ade mendapat panggilan daripada mak cik jah (bukan nama sebenar) menyatakan bahawa ada seorang suami kepada seorang perempuan kenalan emak meninggal semalam... akibat daripada jatuh bas... tapi ini juga bukan yang azree nak cerita....

azree nak cerita pasal spm.... nak ucapkan selamat berjaya kepada semua calon spm sains teknikal kat SM Sains Raja Tun Azlan Shah untuk last paper esok... dan kepada semua calon sains tulen korang lega lar sebab dah abis paper... leh outing tiap2 hari... tak yah nak pikir... kesian kat bdk teknikal... semoga korang berjaya...

p/s: sebenarnya azree tak de idea...
tapi azree nak buat post je...
post perenggan 1 & 2 hanya nak mencari publisiti~

Monday, December 7, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

- Ketika Cinta Bertasbih -


malam malam mcm nie mmg leh lar amik feeling untuk tulis post pasal kasih sayang... bkn sebab azree dah gatal tapi teringin nak buat post pasal benda nie... beberapa hari yang lepas azree ade lar melayari jiwang torrent konon2 nak cari muvie best2 nak download pakai torrent... pastu terjumpa lar satu tittle nie... tajuk die "Ketika Cinta Bertasbih"



Pada mulanya rase mcm pernah je dengar tajuk cerita nie... rase2 nie mcm tajuk novel yang pernah azree bace waktu form 3 (satu2nya novel penah bce tapi beberapa muka surat sahaja)... rupanya memang benar... cerita Ketika Cinta Bertasbih merupakan adaptasi dripada novel yang ditulis oleh Habiburrahman...



cerita ini telah membuat rakaman di mesir iaitu di kairo seaslinya... manakala pelakon2nya kita tidak kenal... bkn seperti pelakon cerita sekar mahupon si cantik dan si buruk rupanya.... pelakon2 ini telh dipilih audition mcm anak wayang seblom mereka diberi tawaran berlakon... cerita ini mempunyai dua siri... siri pertama telah keluar manakala siri kedua akan datang... belum tentu kluar bila...


Sinopsis cerita ini:

Ketika Cinta Bertasbih mengisahkan seorang tokoh utama iaitu Abdullah Khairul Azzam... Dia merupakan salah seorang pelajar universiti al azhar di kairo... Merupakan seorang anak yatim dan hidup susah daripada kecil... ibunya merupakan seorang tukang ukiran batik... semasa dia berada di mesir dia telah menjadi seorang penjual bakso dan temper....Sehinggalah khairul azzam menjumpai seorang wanita yang cantik dan solehah... nama wanita itu ialah anna attahfunissa... merupakan mahasiswi S2 di kairo juga... kalu nak tahu menghabisan cerita ini kena tgk cerita die sampai abis laa...


bagi azree cerita nie lagi best daripada ayat-ayat cinta(aac)... jalan ceritanya tidak lar terlalu lembap dan menitik beratkan hal ehwal islam... cerita ini juga mengisahkan tentang kasih sayang seorang hambanya yang sentiasa mengingati allah... banyak sungguh pengajaran cerita ini...
bagi azree cerita nie leh diberi 5***** star daripada 6... Kerana cerita ini telah memikat hati azree...

kalu nak download cerita nie leh klik kat sini dan kalu nk download OST Ketika Cinta Bertasbih klik sini...



p/s: masuk kali bulan nie je dah 2kali azree tgk
cerita nie... anda bila pula... rugi kalu tak tgk...

Permulaan travian

yaa... secara officialnya peperangan travian telah bermula pada pukul 0001 12 hb disember 2009 di server myx versi 3.6...terdapat sedikit perubahan kepada game ini kerana versi ianya juga berlainan...jadi apa tunggu lagi kepada semua pemain travian marilah kita bersama2 merancakkan lagi permainan ini... marilah kita bertempur...

tidak terlambat lagi jikalaua para pembaca ingin menyertai game travian jadi anda boleh mendaftarkan diri anda di sini...www.travian.com.my... kepada yang baru nak main selamat mencuba... diharapkan dapat terus bermain dengan cemerlang...



p/s: kepada wangiwan selamat berjuang

Sunday, December 6, 2009

Pertandingan membuat header

disini azree ingin membuat satu pengumuman tau... dengar baek-baek tau...hee~ pihak rancak.org telah mengadakan satu pertandingan membuat header... jadi pembaca akukertas dijemput untuk menyertai pertandingan ini... pertandingan ini tidak memerlukan borang atau penyertaan... Cuma korang ikot je syarat2 yg diberi... untuk maklumat lanjut leh tgk poster nie..


- klik untuk besarkan -

atau untuk maklumat lebih lagi lanjut layari lah laman web http://forum.rancak.org

Tuesday, December 1, 2009

Raya korban bersama wahid

-gambar wahid-

walaupon sudah empat hari berlalunya hari haji... tetapi ak tetap ingin juga menceritakan tentang raya korban tahun ini... tahun nie keluarga ak telah menghantar wakil utk berkorban.. iaitu ibuku dan bapaku... ak plak telah dijadikan spy.. hak~ bukan apa hanya utk melihat apa yang telah terjadi itu aje.. huhuhuhuhu..


-nama perserta yang mengikuti acara berkorban pada tahun ini-

raya tahun nie tidak begitu ramai org sembahyang raya di surau taman perpaduan... ak pon tidak tahu kenapa.. mungkin kerana hari itu hari jumaat... jadi orang agak malas utk bersembhyg raya... setiap tahun pekara sebegini selalu terjadi... sembhyg raya silap... nama je imam besar.... ade keklulusan dan diperakui... tapi sembhyg salah.. ish teruk betul... pagi-pagi je dah wat dosa.. pak cik2 kat sini kutuk habis- habisan imam besar nie... kesian kat die..mungkin salah die sbb terlalu ghairah nk sembhyg raya... sepatutnya sembhyg raya rakaat kedua harus takbir 5 kali... tapi ini tidak terus bce al-fatihah... hish kesian-kesian.

kita org mula sembhyg pukul 8.30pg.. mcm biasa lar... selepas sembhyg raya kita kne lar mendengar khutbah raya... ada diantara para ulamak kata kalu tak dengar khutbah tak sah sembhyg raya kita.... jdi ak pon mendengar khutbah sembhyg raya.. khutbah tue pon dah memakan masa yg agak lama.... sampai ak sendiri boleh tertido.... khutbah yang khatib bgi tak berapa bersemangat.. rase nk tido je...



lepas tue korban taman perpaduan diteruskan tepat pukul 9.15pg... seramai 56 orang peserta telah berdaftar... utk korban tahun nie.. ramai juga tahun nie tapi tahun lepas lagi ramai... sebnyk 8 ekor lembu telah siap sedia unuk disembelihkan... tapi apa yang speselnya tahun ini dan tahun lepas... lembu ini disembelih oleh Tok Aji Saad(femes tok lepas nie ekk..) dan dibantu oleh semua orang kat taman ini termasuk lar pelakon yang terkenal Wahid senario... hahahaha.... wahid pon turut serta dalam menjayakan raya korban kat taman perpaduan... bnyk juga lar kerja dalam raya korban nie... antaranya lapah daging, membersihkan daging dan sebagainya....


-kerja-kerja menambat lembu-


-kerja-kerja melapah daging-

tapi apa yang penting kerjasama... bak kata wonderpet.. disebabkan kerjasama majlis korban pada tahun ini berjaya dengan jayanya sekali... semua dapat makan daging korban..
hak~ orang surau pon telah menghabiskan kerja korban nie sebelum sembhyg jumaat...
cepatkan mereka bekerja... sungguh tak sangka aku... tahniah kepada semua yang telah menjayakan majlis raya korban tahun ini...


p/s: syafiq chelsea menang kot 3-0
kepada gorn jangan bersedih ekk arsenal kalah teruk..

 

Blog Template by akukertas - Header made by azreeazizi Hak Cipta Terpelihara akukertas